IQOO Neo10R telah dilancarkan secara rasmi di India dengan beberapa spesifikasi menarik. Peranti ini dikuasai oleh cip Snapdragon 8s Gen 3, bersama pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia juga dilengkapi bateri besar 6,400mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Skrin sejenis AMOLED 6.78-inci disediakan dengan resolusi 2800 × 1260 (1.5K) dan kadar segar semula 144Hz. Tetapan kamera utama terdiri dengan 50MP (1/1.953″) + 8 MP (ultra-lebar) yang menyokong OIS, manakala kamera hadapan pula sebesar 32MP. IQOO Neo 10R turut menjalankan Funtouch OS 15 berasaskan Android 15 yang juga menawarkan kemas kini tiga versi Android dan tampalan sekuriti pula selama empat tahun.