Oppo turut melancarkan set fon telinga nirwayar terbaharunya Enco Buds3 Pro di Malaysia hari ini. Fon telinga ini menampilkan pelbagai ciri menarik, termasuk pemacu audio bersalut titanium bersaiz 12.4mm yang mampu menghasilkan bunyi bass berkualiti tinggi.

Ia juga menawarkan jangka hayat bateri sehingga 54 jam apabila digunakan bersama pod pengecas. Selain itu menyokong pengecasan pantas yang membolehkan masa main balik selama 4 jam hanya dengan pengecasan selama 10 minit. Sebagai tambahan, fon telinga ini mempunyai penarafan IP55 untuk ketahanan terhadap habuk dan percikan air.

Melalui tambatan Bluetooth 5.4, ia juga menyokong sambungan kepada pelbagai peranti. Aplikasi HeyMelody membolehkan pengguna menyesuaikan kawalan sentuhan dan tetapan EQ mengikut keperluan peribadi mereka.

Oppo Enco Buds3 Pro dijual pada harga RM169. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya melalui pengedar rasmi Oppo atau platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.