Carian
Singapore Airlines Tidak Membenarkan Penggunaan Power Bank Dalam Penerbangan, Berkuat-kuasa 1 April 2025
March 12, 2025 Aman

Disebabkan oleh insiden kebakaran pada penerbangan Air Busan, diakibatkan oleh power bank, pihak Korea Selatan telah pun mengarahkan bermula 1 Mac 2025, penumpang tidak lagi dibenarkan menggunakan power bank ketika dalam penerbangan.

Kini, Singapura turut mengumumkan perkara sama, dimana penumpang Singapore Airlines tidak dibenarkan menggunakan power bank dalam penerbangan berkuat-kuasa 1 April 2025. Penggunaan ini termasuk untuk mengecas power bank menggunakan port USB dalam penerbangan, mahupun menggunakan power bank untuk mengecas peranti lain.

Semua power bank juga perlu dibawa dalam kabin. Membawa power bank dengan kapasiti sehingga 100Wh dibenarkan tanpa sebarang keperluan kebenaran khas, sebaliknya yang berkapasiti 100Wh dan 160Wh memerlukan kebenaran syarikat penerbangan.

https://twitter.com/SingaporeAir/status/1899671691871043949
Komen