Cari @ Amanz

Aksesori RM900 Ini Mengubah iPhone 16 Pro Anda Menjadi Kamera Leica

Link Copied!

Xiaomi 15 Ultra adalah peranti mercu fotografi yang sangat menarik dan ia membawa banyak pembaharuan berbanding 14 Ultra tahun lepas. Ini menjadikan trend telefon pintar dengan aksesori mengubah peranti menjadi kamera menjadi-jadi. Terbaru, Fotorgear telah melancarkan kit fotografi untuk iPhone 16 Pro yang mengubahnya menjadi kamera retro profesional.

Kerangka ini menyokong sambungan pelbagai lensa tambahan untuk penggunaan kamera lebih fleksibel. Kerangka turut mempunyai elemen kamera retro seperti kemasan kulit, tubuh besi tahan lasak dan paling penting banyak butang, roda kawalan berputar dan butang pengatup mekanikal. Cold shoe untuk menambah lebih aksesori turut disediakan. Fotorgear turut mempunyai ekosistem aksesori lain seperti pemegang dengan MagSafe dan juga aplikasi kamera tersendiri.

Fotorgear dilihat membuka pra-tempahan pada harga bermula $199 iaitu sekitar RM900 tidak termasuk penghantaran ke Malaysia. Setiap aksesori lain seperti lensa, pemegang MagSafe dijual secara berasingan. Jika anda adalah pengguna iPhone yang cemburu dengan kamera Xiaomi 15 Ultra bersama kit fotografinya ini mungkin adalah aksesori terbaik untuk anda.


Komen ()