Carian
Oppo Find X8S | OnePlus 13T Mungkin Adalah Peranti Mercu Kompak Dengan Snapdragon 8 Elite
March 13, 2025 Fahim Zahar

Oppo dan OnePlus bakal hadir dengan peranti mercu kompak mereka kerana ingin bersaing dengan peranti seperti vivo X200 Mini atau mungkin dengan Samsung Galaxy S25 Edge dan iPhone 17 Air. Peranti ini dikatakan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite dan menggunakan skrin sekitar saiz 6.3-inci. Terbaru butiran peranti ini telah didedahkan.

Dijangkakan yang peranti Oppo ini adalah sama dengan versi OnePlus. Mereka dikatakan tidak akan memperkenalkan siri baharu tetapi terus menggunakan siri Find X8 dan 13. Peranti ini mungkin akan menggunakan nama Oppo Find X8S dan OnePlus 13T.

Tebal peranti dikatakan sekitar 7mm, kemudian sistem kamera akan kekal dengan sokongan kamera zum periskop serta Hasselblad. Rekaan peranti adalah jenis rata, menyokong pengecasan nirwayar, mempunyai perlindungan kalis air dan debu serta bateri berkapasiti 5700mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC.

Rekaan pada OnePlus 13T dikatakan adalah untuk sesuai dipasarkan kepada pasaran luar China. Ia akan menggunakan rekaan unik dan mudah untuk menarik perhatian ramai. Namun tidak pasti peranti mana akan dijual di Malaysia dan peranti mana akan menjadi eksklusif untuk negara tertentu. Adakah anda mahukan peranti mercu kompak atau peranti mercu nipis?

Komen