Genshin Impact adalah antara permainan gacha popular oleh MiHoYo. Ia dimainkan dan dikenali oleh ramai orang. Permainan ini turut menyokong ciri rentas-platform untuk pengguna berbeza main sesi sama di platform berlainan. Terbaru untuk Android, Genshin Impact akhirnya menyokong sambungan dengan alat kawalan permainan.

Ciri ini sudah sekitar 4 tahun ditawarkan kepada pengguna iOS. Kini pengguna peranti Android pula dapat menikmatinya, di mana DualSense, DUALSHOCK 4, Xbox Wirelss Controller dan Xbox Elite Wireless Controller Series 2 boleh digunakan untuk mengawal permainan ini. Sokongan minima yang diperlukan adalah peranti dengan Android 9.0 ke atas tetapi untuk penggunaan DualSense ia terhad kepada peranti Android 12.0 ke atas sahaja.
Sambungan alat kawalan ini harus menggunakan Bluetooth dan bukannya sambungan melalui kabel USB-C. Ciri ini mula disokong dalam Genshin Impact untuk Android versi 5.5.