Carian
Meta Akan Guna Teknologi Sumber Terbuka Oleh X Untuk Menguasakan Nota Komuniti
March 13, 2025 Aman

Meta sedia menyatakan sebelum ini mereka akan beralih kepada penggunaan Nota Komuniti dalam mengawal kandungan palsu dan tidak tepat pada platform mereka – menggantikan penggunaan penyemak fakta sebelum ini. Dengan penggunaan Nota Komuniti, komuniti boleh meninggalkan “nota” atau petanda dibawah sesuatu perkongsian berkenaan kesilapan, selain menyertakan pautan rujukan sokongan untuk maklumat tepat.

Berkongsi lanjut berkenaan dengannya hari ini, Meta menyatakan mereka akan menggunakan teknologi sumber terbuka untuk Nota Komuniti yang sedia ditawarkan oleh X, dalam menguasakan penawaran mereka. Ia turut akan menggunakan algoritma lebih kurang sama, namun Meta akan mengoptimasikannya untuk lebih selari dengan Facebook, Instagram dan Threads.

Meta akan memulakan penawaran Nota Komuniti ini di Amerika Syarikat terlebih dahulu pada bulan ini, dan mengatakan sekitar 200,000 pengguna telah menyatakan hasrat dalam menyumbang dan membantu Nota Komuniti ini. Mereka yang ingin mendaftar perlu melakukan permohonan, dan berumur lebih 18 tahun, selain mempunyai nombor telefon yang disahkan.

Komen