Carian
iQiyi Meningkatkan Harga Langganan Berkuat-kuasa 21 Mac 2025 – Bermula RM13.90 Sebulan
March 13, 2025 Aman

iQiyi kini memaklumkan para pengguna, mereka akan meningkatkan harga langganan untuk pengguna baharu, berkuat-kuasa 21 Mac 2025. Melaluinya, kemaskini harga akan dilakukan untuk pelan Standard VIP dan juga Premium VIP – untuk pelan bulanan dan juga pelan tiga bulan.

iQiyi akan berharga RM13.90 sebulan bermula 21 Mac untuk Standard VIP (berbanding RM11.90 sekarang), selain berharga RM35.90 untuk tiga bulan (berbanding RM31.90 sekarang). Untuk pelan Premium VIP pula, ia akan berharga RM20.90 sebulan (berbanding RM17.90 sebulan sekarang), selain RM53.90 untuk tiga bulan, berbanding RM47.90 sekarang.

iQiyi mengatakan pelanggan berbayar untuk kedua-dua pelan sedia ada berkenaan akan terus menikmati harga semasa, dan harga baharu ini adalah hanya untuk pelanggan baharu sahaja.

Komen