Dua tahun lepas, Apple Music Classical dilancarkan khusus untuk pengguna menikmati kandungan muzik klasik. Kebanyakan kandungan adalah muzik instrumental dan koleksi legenda seperti dari Ludwig van Beethoven, Frédéric Chopin dan Johann Sebastian Bach. Kini selepas dua tahun diperkenalkan dan dihadkan akses pada aplikasi sahaja, Apple Music Classical versi web kini boleh diakses.

Ia menawarkan pengalaman penggunaan yang sama dengan Apple Music di web. Pengguna boleh melakukan carian mengikut komposer, konduktor, nombor katalog dan banyak lagi. Penstriman audio beresolusi tinggi nirhilang sehingga 192kH/24 bit dan audio spatial turut disokong. Apple Music Classical turut memaparkan biografi artis, butiran karya dan pelbagai maklumat berguna lain untuk pengetahuan tambahan pengguna.
Kini, anda boleh hanya buka mana-mana pelayar web untuk menikmati lebih 5 juta rakaman termasuk karya baharu, karya agung, dan ribuan album klasik.
