Carian
Maybank: Waspada Dengan SMS Dan Emel Mengandungi Pautan Palsu
March 14, 2025 Amy Maizuraa

Maybank mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai penipuan yang menggunakan nama mereka. Penipuan ini melibatkan penyebaran e-mel dan SMS phishing yang kelihatan seperti mesej rasmi daripada Maybank. E-mel dan SMS itu mengandungi pautan kepada laman sesawang palsu bagi mengelirukan orang ramai agar membuat bayaran dengan mendedahkan butiran maklumat kad kredit tau debit.

Maybank turut memuat naik dua tangkap layar daripada e-mel dan SMS itu kononnya pelanggan perlu bayar sejumlah wang kerana langganan mereka dikenakan sekatan. Selain itu mereka perlu log masuk akaun masing-masing untuk menebus iPhone 16 Pro Max bersempena musim perayaan. Difahamkan modus operandi pengirim itu lazimnya menyasarkan mereka yang kurang peka lantas penipu cuba untuk mendapatkan maklumat peribadi dan kewangan mereka dengan cara tersebut.

Untuk makluman, pihak Maybank tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi berkaitan akaun bank daripada pengguna. Justeru mereka menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dengan membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu daripada sumber rasmi.

Komen