Pegawai Eksekutif Oppo Kongsi Butiran Kamera Find X8 Ultra
Amy Maizuraa
Pegawai eksekutif Oppo, Zhou Yibao kini berkongsi maklumat menarik mengenai sistem kamera yang akan digunakan pada model terbaru Find X8 Ultra. Menurut beliau, peranti akan dilengkapi dengan sekurang-kurangnya empat kamera utama bersama satu sensor tambahan untuk Sensor Imej Spektrum. Sensor ini bertujuan untuk memberikan hasil warna yang lebih tepat dan berkualiti.

Zhou Yibao turut menekankan kepentingan menangkap potret dengan warna kulit yang semula jadi. Beliau juga menjelaskan bahawa perkakasan baharu yang digunakan mampu meningkatkan prestasi kamera dengan ketara. Berdasarkan maklumat yang tertiris, Find X8 Ultra dijangka menampilkan kamera utama 108MP, diikuti dengan kamera ultra lebar 50MP yang dilengkapi penstabilan OIS.
Teknologi kecerdasan buatan (AI) juga akan diintegrasikan ke dalam sistem kamera bagi meningkatkan kualiti gambar dengan sebaiknya. Ia juga diharapkan mampu mengurangkan hingar lantas membaiki pencahayaan seperti yang telah dilakukan pada siri Find X8 sebelum ini. Peranti turut dijangka mempunyai kamera hadapan 32MP bersama mod kecantikan terbina. Pada masa yang sama dijangka dilancarkan pada April akan datang.