Samsung dilihat bersedia untuk memasuki pasaran fon telinga aliran tulang. Menurut Digital Chat Station (DCS), Samsung sedang membangunkan aksesori audio baharu dengan kod nama Able. Ia menggunakan Open Wireless Stereo (OWS) yang boleh menghantar bunyi dari sekeliling ke gegendang telinga melalui getaran. Lantas membolehkan pengguna mendengar bunyi ambien bersama audio.

Reka bentuk yang dipatenkan menunjukkan fon telinga ini mempunyai indikator tekanan yang diletakkan berhampiran tulang temporal untuk menghasilkan getaran. Samsung juga dijangka memberi tumpuan kepada keselesaan dan kualiti bunyi. Selain itu berpotensi menggunakan bahan dan rekaan ergonomik untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa penggunaan berpanjangan. Meskipun tarikh pelancarannya masih belum pasti tetapi muncul spekulasi bahawa ia mungkin tiba pada bulan Julai 2025.