Cari @ Amanz

Google Gemini Akan Mengakses Perbualan Silam Untuk Maklum Balas Lebih Tepat

Link Copied!

Pagi tadi, telah kami laporkan yang Gemini Deep Research kini sedia digunakan oleh semua pengguna akaun Google tanpa memerlukan langganan Google One AI Premium. Ciri baharu ini melakukan kajian untuk pengguna dan akan mengambil masa yang lama. Namun selepas selesai, pengguna boleh tanya pelbagai soalan atau terus dapatkan fail dokumen mengenai kajian tadi.

Selain itu, Google turut mengemaskini kemampuan Gemini agar pengguna dapat maklum balas yang lebih tepat. Untuk itu, Gemini kini akan mengakses sejarah perbualan sebelum dan akan menjana jawapan dengan tona bahasa atau gaya menjawab yang lebih pengguna gemari. Selain itu, Gemini turut akan belajar daripada jawapan silam mereka dan berdasarkan maklum balas pengguna agar ia boleh menjawab mengikut kehendak pengguna.

Satu ciri yang masih belum tiba adalah Gemini Live with Video, iaitu ciri seakan ChatGPT di mana pengguna boleh membuka Gemini sambil kamera aktif untuk ia melihat apa yang berlaku di persekitaran.


Komen ()