Edotco merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur telekomunikasi. Pada hari ini, mereka mempunyai lebih 55,000 menara telekomunikasi dibawah mereka, di Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Sri Lanka, Pakistan, Filipina, Myanmar dan juga Laos.
Terbaru, Khazanah Nasional mengumumkan mereka akan mengambil-alih pegangan INCJ (Innovation Network Corporation of Japan) pada Edotco. Harga pengambil-alihan tidak dinyatakan.
Sebelum ini, INCJ dilihat mempunyai pegangan sekitar 21% pada Edotco. Langkah Khazanah mengambil-alih pegangan ini juga dilihat sebagai salah satu komitmen Khazanah dalam terus memperkasakan pelaburan domestik, terutamanya dalam arena digital.