Carian
Google Akan Gantikan Google Assistant Dengan Gemini Di Android, Pada Tahun Ini
March 15, 2025 Aman

Google hari ini secara rasminya mengumumkan mereka akan gantikan sepenuhnya Google Assistant dengan Gemini, pada tahun ini. Google mengatakan peralihan ini akan dilakukan secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang.

Seterusnya, Google Assistant tidak lagi akan ditawarkan untuk dimuat-turun pada penghujung tahun 2025 kelak. Walaubagaimanapun, Google membuat pengecualian yang mana Google Assistant akan dikekalkan untuk pengguna yang menggunakan peranti dengan kurang 2GB RAM, atau menjalankan versi Android 9 atau sebelumnya.

Google Assistant sebelum ini telah ditawarkan sebagai pembantu maya pada peranti Google. Walaubagaimanapun, dengan pengenalan Gemini, ia menawarkan pengalaman yang lebih baik, selain penggunaan kecerdasan buatan yang membolehkan ia berkomunikasi dengan memahami konteks.

Google turut mengatakan mereka akan membawa pengalaman Gemini pada pelbagai peranti lain seperti tablet, speaker, televisyen, kereta dan lain-lain. Sementara itu, Google Assistant akan terus menguasakan peranti-peranti berkenaan.

Komen