Chromecast Gen 2 dan Audio Kembali Berfungsi Selepas Kemaskini Diberikan Google
Effi Saharudin
Minggu lalu pengguna Chromecast Gen 2 dan Chromecast Audio melaporkan isu dongel pintar mereka berhenti beroperasi tepat 10 tahun selepas produk dilancarkan. Ramai risau Google telah menghentikan sokongan untuk kedua-dua dongel yang sudah berusia ini sama seperti dilakukan kepada Chromecast Gen 1 pada tahun 2023.

Hujung minggu lalu Google memberikan kemas kini sistem operasi untuk kedua-dua dongel bagi menyelesaikan isu ini. Pemilik hanya perlu menanggalkan kabel kuasa pada Chromecast dan kemudian memasangnya semula. Sejurus selepas peranti diaktifkan semula, skrin memuat turun kemas kini firmware terkini akan terpapar pada skrin.
Masalah hanya diselesaikan untuk pengguna yang tidak melakukan tetapan semula dongel tempoh hari. Jika anda melakukan tetapan semula, Google masih belum memberikan kemas kini untuk membolehkan peranti kembali berfungsi ketika artikel ini ditulis.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.