Carian
Seagate Melancarkan SSD Edisi Terhad Dengan Tema Genshin Impact
March 17, 2025 Nazrin

Seagate, jenama pembuat storan digital terkemuka baru-baru ini telah mengumumkan kolaborasi bersama syarikat pembangun permainan mudah-alih terkemuka Hoyoverse dengan memperkenalkan sebuah storan SSD luaran bertemakan watak daripada permua Genshin Impact.

Storan SSD ini dinamakan Seagate Genshin Impact Limited Edition External SSD dan hadir dengan rekaan watak Cyno dari permainan tersebut, dan hadir dengan kapasiti storan 1TB. Dari segi sambungan data, storan SSD ini menggunakan sambungan USB 3.2 Type-C dan boleh disambungkan ke PC, konsol permainan dan juga peranti-peranti pintar tanpa masalah.

Seagate mengatakan bahawa storan SSD ini akan dijual tidak lama lagi, dan hanya boleh dibeli melalui laman web Seagate sendiri pada harga $139.99. Dan oleh kerana storan SSD ini hadir dengan nama Limited Edition, ia nampaknya akan hadir dengan jumlah terhad.

Seagate[.sumber]

Komen