Model kecerdasan buatan (AI) Google telah digunakan untuk meramal cuaca dengan tepat sehingga 15 hari, mengesan sel kanser payudara, dan mencari semua struktur protein yang wujud demi kemajuan sains. Awal bulan ini mereka melancarkan pula SpeciesNet yang merupakan model AI yang boleh mengenalpasti spesis haiwan liar berdasarkan gambar yang ditangkap.

SpeciesNet dibangunkan bagi membantu saintis mengenalpasti dan mengklasifikasikan gambar haiwan yang ditangkap oleh kamera denai yang diletakkan di dalam hujan. Dalam ujian yang dilakukan, SpeciesNet boleh mengklasifikasikan haiwan ke dalam 2000 kategori dan spesis dengan ketepatan 94.5% . Sebanyak 65 juta gambar haiwan liar sumber terbuka digunakan Google untuk melatih SpeciesNet.
Model AI telah dibangunkan sejak 2019 dengan ia boleh diakses menggunakan perkhidmatan Wildlife Insights. Dengan pelancaran SpeciesNet yang terkini, ia kini ditawarkan secara sumber terbuka untuk kegunaan ahli saintis. Bagi yang ingin memuat turun SpeciesNet ia boleh diakses menerusi pautan ini.