Carian
Anda Kini Boleh Menyeru Copilot Untuk Mengawal Peranti Android
March 17, 2025 Fahim Zahar

Ciri ejen AI pada chatbot kecerdasan buatan generatif kini mula menjadi trend. Ia adalah ciri di mana perkhidmatan AI boleh melakukan tugasan kompleks dengan hanya seruan ringkas. Kebanyakan ciri ini masih berada di dalam fasa konsep, prototaip atau ciri berbayar yang mahal. Terbaru, Copilot oleh Microsoft mula menawarkan ciri lebih kurang sama untuk pengguna mengawal peranti Android.

Dengan hanya menyeru Copilot pada peranti Windows, pengguna boleh mengarahkannya untuk melakukan tugas pada peranti Android. Menurut Windows Latest, Copilot kini menyokong Phone Connection untuk ia mengawal peranti Android seperti mencipta penggera, membacakan mesej, atau membuka peta. Cuma sayang sekali, penggunaannya adalah sangat tidak efisien dan tidak membantu pengguna kerana setiap arahan memerlukan pengesahan kedua untuk ia dimulakan. Perkara ini secara terus menjadikan ciri ini tidak berguna apabila pengguna masih perlu membuka dan menekan sesuatu pada telefon pintar.

Menurut sumber, ciri ini memang dijangka akan dilancarkan pada bulan Februari 2025 untuk peranti Copilot+ PC. Namun, selepas cubaan menggunakannya ia tidak stabil dan malah membaca mesej pun tidak mendapatkan mesej terkini. Namun, untuk apa yang ia boleh lakukan saya cukup teruja kerana pembantu maya peranti Windows boleh kawal peranti Android saya. Ejen AI Copilot pada peranti Windows seakan pekerja yang malas dan ketinggalan. Ia mungkin perlukan kemas kini untuk menjadikannya benar-benar berfungsi.

Komen