Baru sahaja minggu lepas kami laporkan yang Samsung adalah pengeluar produk soundbar paling popular untuk 11 tahun berturut-turut. Ini bermakna, di dunia orang ramai lebih gemar memilih soundbar oleh Samsung berbanding jenama lain. Terbaru, pengguna Samsung sendiri melaporkan yang soundbar mereka terus rosak selepas selesai mengemaskini ke perisian terkini. Isu kali ini turut memberi kesan kepada pengguna di Malaysia.

Isu ini dilihat berlaku selepas pengguna mengemaskini soundbar ke perisian versi 1020.7. Ia dilihat berlaku kepada HW-Q800D, HW-S801D dan yang paling banyak terkesan adalah model HW-Q990D. Isu dilihat berlaku selepas soundbar yang disambungkan pada port HDMI eARC dan ia terus tidak boleh digunakan. Pengguna turut tidak boleh mengakses peranti melalui aplikasi SmartThings. Jalan penyelesaian terbaik sekarang dilihat, pengguna perlu menghantar kembali soundbar mereka ke pusat khidmat bantuan pelanggan Samsung.
Isu ini dilihat berlaku di beberapa negara seperti Malaysia, Amerika Syarikat, Austria dan Filipina. Agak mengecewakan apabila mendengar majoriti pengguna soundbar Samsung HW-Q990D mengalami isu in apabila soundbar ini antara yang digemari ramai dan menerima ulasan positif. Adakah perkara ini berlaku kepada anda?