Cari @ Amanz

BMW Akan Integrasi Teknologi Huawei Pada Kereta Yang Dijual Di China, Bermula 2026

Oleh Aman

Link Copied!

BMW kini mengumumkan mereka akan mengintegrasikan teknologi Huawei HiCar pada kereta keluaran mereka untuk pasaran China, pada model-model baharu mulai 2026 kelak. Dengan langkah ini, teknologi HiCar akan memudahkan komunikasi antara kenderaan ke peranti mudah-alih.

Selari dengan ini juga, BMW akan membangunkan aplikasi khusus berasaskan sistem operasi Harmony, di China.

BMW mengatakan mereka ingin mempromosi integrasi lebih menyeluruh dengan rakan kerjasama tempatan di China, dan ini merupakan antara langkah ke arahnya.


Komen ()