Cari @ Amanz

Google Gemini 2.0 Flash Kini Boleh Membuang Tera Air Pada Gambar

Link Copied!

Di web terdapat banyak perkhidmatan menyunting gambar percuma. Antara yang popular adalah untuk meningkatkan skala saiz gambar atau membuang tera air. Pembuangan tera air kerap menjadi perbincangan ramai kerana ia seakan mencuri hasil gambar orang lain yang dijual di atas talian. Terbaru, Google melakukan kerja berani selepas OpenAI dan Anthropic menyatakan mereka tidak akan melakukannya.

Apakah ia? Model Gemini 2.0 Flash (Image Generation) Experimental kini tersedia di laman pembangunan Google AI Studio. Model ini dibangunkan khusus untuk membantu pengguna menyunting gambar dengan hanya memuat naik gambar yang ingin disunting, memasukkan prom ringkas dan tunggu sekitar 10 saat ke 30 saat untuk hasil akhir dijana. Antara contoh terbaik adalah untuk membuang tera air pada imej. Gambar yang ada tera air besar mengganggu atau dengan teks jelas akan mudah untuk dibuang dan menjana pengguna gambar lebih kurang sama.

Namun disebabkan model AI ini masih di peringkat pembangunan, ia masih tidak mempunyai cukup data untuk memahami konteks pengguna dengan jelas. Selain itu, model ini dilihat turut tidak memberikan pengguna gambar yang sama kerana jika tera air itu kompleks dan mengganggu sebahagian daripadanya, model AI ini akan cuba menjana kandungan lebih kurang sama untuk mengisi kekosongan yang ada selepas tera air dibuang.

Buat masa ini masih tidak pasti bila Google akan menyertakan model ini ke dalam Gemini versi stabil. Turut tidak pasti adakah Google akan mengehadkan kemampuan Gemini 2.o Flash versi menjana imej ini dengan peraturan untuk tidak membuang tera air pada hasil gambar jurugambar sebenar. Apa kata anda?


Komen ()