Beberapa tahun lalu Taara ditubuhkan di bawah payung Google X untuk menguji projek menawarkan perkhidmatan internet menggunakan sistem laser. Kini Taara akan dikeluarkan daripada X dan akan menjadi syarikatnya tersendiri. Taara menawarkan perkhidmatan internet dengan membina menara yang mempunyai pemancar laser untuk menyambungkan kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan internet.

Menara dibina setiap 20 kilometer dengan ia mampu memberikan internat pada kelajuan 20 Gbps. . Modul yang diberi nama Lightbridge setinggi 76cm akan menghantar isyarat laser ke modul Lightbridge di menara berdekatan secara berganti-ganti. Kerana kelajuan yang setanding kabel gentian kaca, Taara diberikan nama jolokan “fiber di udara” oleh penciptanya.

Ia ditawarkan sebagai alternatif kepada menanam kabel gentian kaca di kawasan pedalaman kerana kosnya yang lebih rendah. Ia telahpun diuji di India dan Republik Demokratik Kongo. Alphabet melihat Taara mempunyai potensi untuk memberikan persaingan kepada Starlink. Kawasan luar bandar boleh disambungkan dengan rangkaian internet menggunakan menara