WhatsApp hari ini memperkenalkan kemaskini kepada rekaan ikon untuk aplikasi WhatsApp Business. Kini, ia hadir dengan rekaan ikon yang selari dengan aplikasi WhatsApp utama, dan menyertakan tanda “+” pada ikon berkenaan.

Pihak WhatsApp menyatakan ini akan mengukuhkan lagi penjenamaan WhatsApp, menjadikan ia lebih selari pada pelbagai produk mereka.
Kemaskini dengan rekaan logo baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat oleh WhatsApp untuk WhatsApp Business bermula hari ini.
