Huawei hari ini telah membawa masuk satu lagi produk baharu untuk pasaran tempatan, iaitu gelang tangan pintar mereka, dinamakan Huawei Band 10. Ia akan dijual secara rasminya bermula 24 Mac 2025 ini, dan ditawarkan dalam dua variasi.

Huawei mengatakan Huawei Band 10 merupakan yang pertama hadir dengan sokongan pembayaran QR, sekaligus memudahkan pengguna melakukan transaksi tanpa perlu membuka telefon. Ia turut menawarkan ketahanan bateri sehingga 14 hari dengan pengecasan penuh.
Gelang tangan pintar ini turut hadir dengan lebih 700 pilihan muka jam, akses kepada sejumlah mod kecergasan, penjejakan aktiviti sukan, metrik berlari yang tepat, dan juga turut boleh digunakan ketika berenang.
Huawei Band 10 boleh digunakan bersama peranti Android atau iOS, dan turut digunakan sebagai aksesori pelengkap untuk telefon pintar. Di Malaysia ia ditawarkan pada harga bermula RM189 untuk versi “Polymer”, dan RM219 untuk versi kerangka aluminium.