Cari @ Amanz

xAI Mengambil-Alih Firma Kecerdasan Buatan Memfokuskan Janaan Video

Oleh Aman

Link Copied!

xAI merupakan salah satu syarikat dibawah Elon Musk, dengan fokus terhadap pembangunan kecerdasan buatan. Mereka sedia menawarkan model dinamakan Grok, yang turut disertakan bersama perkhidmatan media sosial X.

Tidak setakat itu, kini xAI turut mengambil-alih salah satu firma memfokuskan janaan video berasaskan kecerdasan buatan, dinamakan Hotshot. Harga pengambil-alihan tidak dinyatakan buat masa ini.

Pengambil-alihan ini turut memperlihatkan xAI akan lebih memfokuskan kepada sokongan janaan video, lebih kurang seperti Sora yang ditawarkan oleh OpenAI. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kita akan melihat pengenalan Grok Video oleh xAI, sekaligus memudahkan lagi janaan video berasaskan kecerdasan buatan.


Komen ()