Alphabet, syarikat induk disebalik Google hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih Wiz, iaitu sebuah firma memfokuskan keselamatan siber. Wiz dijangka akan menjadi sebahagian daripada Google Cloud selepas pengambil-alihan selesai sepenuhnya, termasuk menerima pengesahan pihak berkuasa.

Wiz sedia menawarkan penyelesaian keselamatan siber berasaskan awan, dan turut bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan awan lain seperti Microsoft dan juga Amazon. Sebelum ini, pada tahun lepas, Google pernah dalam perbincangan untuk ambil-alih Wiz pada nilai $23 bilion, namun perbincangan tergendala ketika itu.
Google mengatakan Wiz akan terus menawarkan produk meliputi penyelesaian untuk AWS dan Azure selepas pengambil-alihan ini, dan meneruskan penawaran sebagai multi-awanan.
Sekiranya semua berjalan lancar, termasuk menerima pengesahan pihak berkuasa, maka ini akan menjadi pengambil-alihan terbesar oleh Google setakat ini.