Carian
Nubia Focus 2 5G Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM999
March 19, 2025 Amy Maizuraa

Nubia Focus 2 5G tersedia di Malaysia dengan harga jualan RM999. Ia bagaimanapun boleh dimiliki dengan harga promosi RM899 semasa tempoh pra tempahan dari 17 hingga 26 Mac 2025. Pembelian dalam tempoh berkenaan juga disertakan dengan hadiah percuma seperti jam tangan BlackShark GT3 Neo (bernilai RM149) dan baucar RM100.

Nubia Focus 2 5G dilengkapi dengan skrin LCD 6.7-inci beresolusi HD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip Unisoc T8100, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Pada masa yang sama menyokong rangkaian 5G terbina bersama sambungan WiFi 5, Bluetooth 5.2 dan NFC. Sistem kamera terdiri dengan 108MP di belakang dan swafoto sebesar 16MP. Bateri 5000mAh juga disediakan yang menyokong sistem pengecasan 22.5W. Selain turut menggunakan pengimbas cap jari sisi bagi tujuan sekuriti.

Komen