Carian
Vivo V50 Lite Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 685 Dan Bateri 6500mAh
March 19, 2025 Amy Maizuraa

Vivo V50 Lite telah dilancarkan sebagai tambahan baharu dalam siri V.  Antara yang menjadi tumpuan terdapatnya bateri 6,500mAh yang lebih besar berbanding 6,000mAh yang digunakan dalam model V50. Selain itu, peranti ini juga menyokong sistem pengecasan pantas 90W.

Cip Snapdragon 685 digunakan sebagai tunjang utama bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Telefon juga menjalankan FuntouchOS 15 berasaskan Android 15 yang menyediakan ciri berasaskan AI seperti AI Photo Enhancement, AI Erase, dan AI Tagging.

Sistem kamera utama terdiri dengan 50MP (Sony IMX882) dan 2MP untuk bokeh. Bahagian hadapan pula menempatkan kamera 32MP untuk swafoto dan panggilan video. Melengkapi peranti juga skrin AMOLED FHD+ 6.77-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Pada masa yang sama disediakan dalam rekaan yang nipis bersama penarafan kalis air IP65. Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaan peranti di Malaysia setakat ini.

Komen