ASUS secara rasminya melancarkan ROG Phone 9 FE di Malaysia dengan harga jualan RM2,999. Ia dilihat lebih murah berbanding adik-beradiknya sebelum ini. Lantas menyediakan pilihan cukup menarik bagi mereka yang mencari peranti berkuasa pada harga yang lebih berpatutan. Ia juga hadir dalam satu warna sahaja iaitu Phantom Black untuk memberikan tampilan yang elegan dan minimalis buat penggunanya.

Telefon ini dilengkapi skrin 6.78″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 185Hz menggunakan tetapan Game Genie. Ia juga dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama memori 12GB LPPDR5X RAM, storan dalaman 256GB UFS 4.0 dan bateri 5,500 mAh yang menyokong pengecasan 65W.
Kamera utama terdiri dengan lensa sudut lebar 50MP dengan gimbal, ultra lebar 13MP dan makro 5MP. Di hadapan pula kamera swafoto 13MP digunakan. Ciri gaming butang bahu AirTrigger serta skrin AniMe Mini-LED dikekalkan pada panel belakang. Keseluruhan peranti juga melepasi penarafan kalis air serta debu IP68.