Carian
Halaman Pembayaran Atas Talian Maybank Bakal Berwajah Baharu – Diganti Secara Berperingkat
March 19, 2025 Amy Maizuraa

Halaman pembayaran atas talian Maybank akan diperbaharui dengan rekaan yang baharu,. Perubahan ini dilakukan kerana perkhidmatan pembayaran FPX yang digunakan saat ini akan diganti secara berperingkat dengan DuitNow Online Banking/Wallets (DOBW). Pengguna juga akan melihat halaman seperti berikut apabila mereka membuat pembayaran dengan Maybank2u melalui perbankan dalam talian kelak.

Untuk konteks, DOBW ialah perkhidmatan pembayaran terkini oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) yang menggantikan FPX. Ia membolehkan pengguna membuat transaksi dengan selamat bersama peniaga terpilih melalui pengalihan mudah ke platform perbankan dalam talian atau aplikasi dompet digital termasuklah Maybank2u.

Walaupun antaramuka halaman log masuk berubah, proses pembayaran lain akan tetap sama seperti sebelum ini. Sila ambil maklum bahawa laman web M2U yang sebenar akan memaparkan imej dan frasa keselamatan pengguna sebelum meminta kata laluan. Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan, setiap individu harus sentiasa berwaspada dan kenali tanda-tanda laman web perbankan palsu.

Komen