Carian
Xiaomi 15 Ultra – Lebih Daripada Sekadar Kamera
March 19, 2025 Amir Zaki

Sebuah peranti yang hebat bukan sahaja menawarkan kamera beresolusi tinggi, tetapi turut dilengkapi dengan keupayaan pemprosesan yang pantas, perisian pintar yang memudahkan tugasan harian, serta paparan berkualiti tinggi yang memberikan pengalaman visual yang mengagumkan. Gabungan teknologi terkini dan inovasi yang dipertingkatkan menjadikan sesebuah peranti itu mampu menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar. Inilah kehebatan yang ditawarkan pada Xiaomi 15 Ultra

Kamera 200MP Untuk Tangkapan Jauh 

Salah satu tarikan utama Xiaomi 15 Ultra pastinya terletak pada sistem kuad-kamera Leica yang dinaiktaraf. Peranti ini hadir dengan sensor 200MP yang jauh lebih baik, menggantikan sensor 50MP pada model sebelum ini. Xiaomi menggunakan sensor Samsung HP9 1/1.4”, yang bukan sahaja lebih besar tetapi juga mampu menangkap lebih banyak cahaya. Dalam mod 12.5MP, saiz piksel meningkat dari 1.4μm ke 2.24μm, membolehkan lebih banyak cahaya masuk sehingga 136% kecerahan, terutama dalam keadaan pencahayaan rendah.

Ditambah pula dengan teknologi sensor dalam zum, pengguna semestinya dapat menikmati gambar yang tajam walaupun pada zum 200mm. Keadaan ini menjadikan peranti ini sesuai untuk merakam subjek dari jauh dengan kejelasan yang tinggi. Selain itu, Xiaomi 15 Ultra juga dilengkapi dengan kamera sudut lebar 50MP dengan sensor 1”, kamera ultra sudut lebar 50MP, dan kamera telefoto 50 MP yang memberikan kepelbagaian dalam penggambaran. Selain itu, kamera swafoto pula menggunakan sensor 32MP bagi memastikan hasil gambar selfie yang berkualiti dapat dihasilkan.


Fotografi Malam Serba Baik 

Untuk anda yang gemar mengambil gambar waktu malam, Xiaomi 15 Ultra menawarkan peningkatan ketara dengan bukaan lensa optikal f/1.63 yang lebih besar. Ini membolehkan lebih banyak cahaya masuk, sekali gus menghasilkan gambar yang lebih terang dan penuh dengan perincian. Penggunaan sistem lensa aspherical 8P pada peranti ini memastikan setiap sudut gambar lebih jelas tanpa sebarang kesan kabur. Selain itu, dengan lapisan anti-silau ALD, pantulan cahaya dapat dikurangkan untuk memastikan hasil gambar yang lebih baik dan konsisten.

Perisian Pintar Lebih Interaktif 

Xiaomi 15 Ultra turut menampilkan kecerdasan buatan (AI) yang lebih canggih melalui HyperAI. Antara ciri-cirinya ialah AI Agent yang dinaik taraf dengan Google Gemini untuk membolehkan pengguna menaip, bercakap, atau mengambil gambar demi mendapatkan maklumat dengan lebih pantas dan juga interaktif. Selain itu, ciri AI Writing kini lebih fleksibel, di mana bukan sahaja untuk Notes tetapi juga bagi menulis emel, kapsyen media sosial, serta dokumen penting. AI ini turut mampu membaiki ayat, membuat ringkasan, dan menyemak tatabahasa secara automatik.

Bukan itu sahaja, Xiaomi turut memperkenalkan AI Interpreter yang membolehkan perbualan berbilang bahasa dengan lebih lancar. Terdapat dua mod iaitu satu untuk perbualan bersemuka dengan paparan skrin berpisah dan satu lagi untuk panggilan telefon atau video dengan terjemahan masa nyata. Ini memudahkan komunikasi tanpa sebarang halangan bahasa.

Bagi anda yang suka menyunting gambar, AI Photo Edit pada Xiaomi 15 Ultra kini lebih baik. Ia boleh meningkatkan kualiti gambar, menambah ruang di sekeliling subjek, memadam objek yang tidak diingini, serta menghilangkan pantulan dari permukaan kaca. Manakala, AI Film pula membolehkan pengguna menghasilkan video pendek secara automatik dengan kesan khas dan pergerakan kamera seperti seorang yang profesional.

Rekaan Premium Dan Eksklusif 

Dari segi skrin, Xiaomi 15 Ultra menggunakan teknologi All-around Liquid Display sejenis WQHD+ AMOLED. Rekaan melengkung pada keempat-empat sisi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih selesa, di samping menjadikan telefon ini kelihatan lebih premium. Bezel yang lebih nipis turut memastikan skrin kelihatan lebih luas tanpa perlu menambah saiz peranti.

Untuk prestasi pula, Xiaomi 15 Ultra dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite yang membawa peningkatan sehingga 45% pada CPU. Dengan ini, kerja multi-tugas menjadi lebih lancar dengan kecekapan tenaga yang meningkat sebanyak 52%, dan pengalaman bermain pula menjadi lebih realistik dengan GPU Adreno 830 yang berkuasa tinggi. Dari segi rekaan, telefon ini mengekalkan identiti siri Ultra dengan inspirasi dari kamera klasik. Rangka aluminium yang kukuh menghiasi bahagian belakang telefon sementara itu modul kamera kini 10% lebih nipis berbanding model sebelumnya.

Kesimpulan 

Secara keseluruhannya, Xiaomi 15 Ultra bukan sekadar sebuah telefon pintar biasa, tetapi sebuah revolusi dalam dunia peranti mercu. Dengan keupayaan kamera Leica 200MP, kecerdasan buatan HyperAI yang semakin canggih, serta skrin premium, ia memberikan pengalaman penggunaan yang luar biasa kepada setiap penggunanya.

Dengan semua teknologi dan ciri premium yang ditawarkan, Xiaomi 15 Ultra dijual pada harga bermula RM5,199 untuk varian 16GB RAM dan 512GB storan. Bagi yang memerlukan lebih banyak ruang, model 16GB RAM dengan storan 1TB pula ditawarkan pada harga RM5,699. Ia boleh didapati di semua kedai rasmi Xiaomi di seluruh Malaysia serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee serta Lazada dan juga laman web rasmi mi.com.

Promosi Raya Xiaomi: Hadiah Eksklusif Untuk Pembelian Siri Xiaomi 15

Bermula 15 Mac hingga 6 April, pengguna yang ingin mendapatkan telefon pintar dan tablet Xiaomi boleh menikmati promosi khas sempena musim perayaan ini. Antara peranti yang terlibat termasuk siri Xiaomi 15, Xiaomi 14T, Redmi Note 14, Xiaomi Pad 7 dan banyak lagi.

Promosi ini boleh didapati di semua kedai rasmi Xiaomi di seluruh Malaysia serta dalam talian menerusi mi.com dan kedai rasmi Xiaomi di Shopee serta Lazada.

Senarai Promosi

ProdukVarianHarga AsalHarga PromoHadiah Percuma
Xiaomi 15 Ultra16GB + 512GBRM 5,199Xiaomi 15 Ultra Photography Kit Legend Edition 
(bernilai RM 799)
+
Xiaomi 15 Ultra Photography Kit Legend Edition + Xiaomi OpenWear Stereo 
(bernilai RM 599)
16GB + 1TBRM 5,699

Penafian : Advertorial daripada Xiaomi Malaysia.

Komen