Carian
FoodPanda Pro Kini Menawarkan Baucar Diskaun Untuk Perkhidmatan Seru-Pandu Bolt
March 19, 2025 Aman

FoodPanda kini mengumumkan kemaskini untuk para pelanggan Pro dibawah mereka, dimana selain diskaun untuk pembelian makanan pada platform mereka sendiri, langganan PandaPro kini turut menawarkan diskaun untuk perkhidmatan pihak ketiga, bermula dengan perkhidmatan seru-pandu, Bolt.

Melalui langganan PandaPro, pelanggan diberikan diskaun sebanyak 70% untuk seru-pandu bagi pelanggan baharu Bolt, dan juga sebanyak 40% untuk dua perkhidmatan seru-pandu melalui Bolt bagi pelanggan sedia ada.

Selain Bolt, FoodPanda juga turut mengacah mereka kelak akan menambah lebih banyak promosi untuk para pelanggan PandaPro dari masa ke semasa. Langganan PandaPro ini ditawarkan pada harga RM4.90 sebulan, dan hadir dengan diskaun untuk pembelian makanan pada platform FoodPanda.

Komen