Carian
SpellRing Adalah Cincin Pintar Yang Menterjemah Bahasa Isyarat Kepada Teks
March 19, 2025 Fahim Zahar

Penggunaan cincin pintar mungkin akan menjadi trend peranti boleh pakai baharu. Cuma disebabkan pemasaran bagi produk seperti ini belum meluas, popularitinya juga masih belum tercapai. Terbaru adalah cincin yang kini dalam peringkat kajian dan ujian, SpellRing yang boleh menterjemah bahasa isyarat kepada teks.

Pernah atau tidak anda menonton rancangan televisyen seperti pengumuman bermulanya Ramadan, akan ada tetingkap kecil memaparkan individu menyampaikan pengumuman yang sama dalam bahasa isyarat. Bahasa Isyarat ini adalah untuk orang yang kurang daya pendengaran serta bercakap. SpellRing adalah cincin untuk dipakai oleh orang sebegini, dan setiap kali bahasa isyarat dilakukan ia boleh diterjemah menjadi teks digital yang dipaparkan melalui aplikasi pada telefon pintar.

SpellRing adalah projek oleh penyelidik di Cornell. Buat masa ini ia masih di peringkat projek dan ujian, jadi ia belum sedia untuk dipasarkan. Cincin ini juga terhad kepada American Sign Language (ASL) dan belum dikembangkan ke bahasa isyarat berlainan. Cincin ini menggunakan gabungan teknologi AI dan mikro sonar untuk menterjemah pergerakan jari menjadi teks.

Komen