Carian
Komputer Desktop Dell Pro Max Diumumkan – Desktop Pertama Dengan Kad Grafik NVIDIA RTX Pro 6000
March 20, 2025 Nazrin

Dengan pengumuman siri kad grafik NVIDIA RTX Pro 6000 di acara NVIDIA GTC, Dell telah mengumumkan ketibaan siri komputer desktop Dell Pro Max pertama mereka, yang hadir dengan tiga penawaran model, termasuklah Dell Pro Max Tower T2, Dell Pro Max Slim dan Dell Pro Max Micro.

Untuk komputer desktop Dell Pro Max Tower T2, ia hadir menggunakan cip pemprosesan Intel Core Ultra terbaru dan digabungkan dengan siri kad grafik NVIDIA RTX Pro 6000 terbaru, bersama-sama dengan 128GB memori DDR5 dan sehingga 24TB storan SSD terbina.

Dell Pro Max Slim ialah untuk mereka yang mahukan kuasa perkomputeran yang hebat tetapi dalam saiz yang lebih padat. Dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 200 yang sama, ia akan hadir dengan kad grafik NVIDIA RTX 4000 dengan rekaan SFF (Small Form Factor) yang lebih padat, bersama-sama dengan storan sehingga 10TB dan jumlah memori DDR5 128GB.

Dell Pro Max Micro pula hadir dengan rekaan yang paling kecil dan lebih sesuai untuk mereka yang bekerja secara jarak jauh atau mempunyai ruang meja yang benar-benar kecil. Komputer kerdil ini menggunakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 200 dengan 64GB memori DDR5 terbina dan storan SSD sebesar 8TB.

Buat masa ini, Dell belum mengumumkan bilakah siri komputer desktop Dell Pro Max dengan kad grafik NVIDIA RTX Pro terbaru akan dilancarkan. Ia dijangka akan hadir samada pada pertengahan atau penghujung tahun ini.

Komen