Carian
Shopee Kini Menawarkan Aplikasi Khusus Untuk ShopeePay – Bersaing Dengan Dompet Digital Lain
March 19, 2025 Aman

Shopee, salah satu laman edagang popular di Malaysia sedia menawarkan integrasi dompet digital pada aplikasi mereka, dinamakan ShopeePay. Kini, melangkah setapak kehadapan lagi, aplikasi khusus untuk ShopeePay diperkenalkan di AppStore dan Google Play Store.

Dengan penawaran ini, ia berfungsi sebagai dompet digital berasingan, sekaligus membolehkan ia bersaing dengan lebih efektif bersama penyedia perkhidmatan dompet digital lain – seperti Touch n Go eWallet.

ShopeePay hadir dengan fokus terhadap memudahkan pembayaran, termasuk menggunakan imbasan kod QR, disamping memberikan akses pantas untuk pemindahan wang, permintaan wang, selain untuk ciri pembayaran lain. Pengguna juga turut boleh menyemak sejarah transaksi dengan mudah menggunakan aplikasi ini.

Bagi anda yang menggunakan ShopeePay, boleh memuat-turun aplikasi ini di Google Play Store dan Apple App Store, sekaligus memudahkan lagi anda menggunakannya dalam urusan pembayaran di kedai fizikal berbanding sebelum ini yang perlu melalui aplikasi Shopee.

Komen