Carian
Sony Akan Hadir Dengan Sensor Kamera 200MP Bagi Bersaing Dengan Samsung
March 20, 2025 Fahim Zahar

Samsung sejak beberapa tahun ini telah berjaya menawan hati pengeluar peranti kerana mempunyai sensor kamera 200 Megapixel HP3, HP5, dan HP9. Akan datang, Sony pula akan menjadi pesaing baharu kerana sedia menawarkan sensor lebih baik yang mungkin akan diperkenalkan pada tahun ini.

Sensor kamera Sony ini dikatakan akan mempunyai saiz yang lebih besar berbanding sensor Samsung yang sekarang adalah 1/1.3-inci. Penggunaan sensor 200MP dilihat menjadi kegemaran berbanding sensor 1-inci 50MP. Sensor baharu Sony ini dikatakan akan digunakan pada peranti mercu dengan cip Dimensity 9500 dan/atau Snapdragon 8 Elite 2.

Dengan peranti mercu telah memfokuskan kepada penggunaan sensor kamera 200MP dan bukan lagi terkejar-kejar dengan sensor 1.0-inci – mungkin kini giliran peranti kelas pertengahan menggunakan sensor lebih berkuasa ini. Atau mana tahu, kos sensor 200MP lebih murah – kedua-dua peranti mercu dan kelas pertengahan boleh menggunakan sensor sama. Sama-sama kita nantikan.

Komen