Selain Apple, Google juga menerima teguran daripada Suruhanjaya Eropah (EC) pagi ini berkenaan pematuhan Akta Pasaran Digital (DMA) di negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Dalam notis yang diterbitkan hari ini, EC mendapati Google masih memberikan kelebihan kepada perkhidmatan milik mereka seperti senarai hotel, perbandingan harga dan keputusan sukan apabila pengguna melakukan carian Google Search. Ini jelas melanggar DMA yang memintas syarikat teknologi berlaku adil kepada perkhidmatan pesaing.

Tambahan lagi di Play Store pula, Google masih tidak telus memberikan pilihan kepada pengguna EU untuk melakukan pembayaran di luar ekosistem Play Store. Potongan bayaran yang diambil Google selama beberapa tahun juga menerima teguran kerana dikatakan terlalu lama selepas pembayaran pertama dilakukan menerusi Play Store.
Ini dilihat sebagai tidak adil kepada pengguna EU yang perlu membayar lebih dan pembangun pula mengambil potongan keuntungan lebih kecil. Google kini diberikan masa untuk melakukan perubahan kepada kesemua kekurangan yang dinyatakan oleh EC.
Dalam kenyataan balas yang diterbitkan pagi ini, Google menegaskan permintaan EC akan mendedahkan pengguna kepada bahaya perisian hasad khususnya jika aplikasi di pasang secara sisi di luar sistem keselamatan Google Play Protect. Sementara itu Google berkata tanpa sistem perbandingan harga seperti hotel mereka pula, pelanggan akan kerugian kerana bayaran terus daripada laman rasmi adalah lebih mahal.