Google Gemini sejak semalam telah membenarkan lebih ramai orang mencuba kemampuan chatbot berasaskan kecerdasan buatan generatif ini. Ini kerana, buat pertama kalinya Google membenarkan orang ramai mengakses Gemini tanpa sebarang akaun Google.

Ya, anda tidak memerlukan akaun Google untuk log masuk. Hanya buka laman web Gemini dan boleh terus menggunakan model Gemini 2.0 Flash. Walau bagaimanapun, model-model lain dan ciri memuat naik fail serta mod perbualan tidak boleh digunakan. Buat masa ini penggunaan pada aplikasi masih memerlukan akaun. Kemas kini baharu ini akan memudahkan orang ramai mencuba Gemini sebelum menjadikannya sebagai pembantu maya/chatbot utama untuk kegunaan harian.