Carian
Ibu Bapa Kini Boleh Kongsi Kad Pembayaran Google Wallet Dengan Anak-Anak
March 20, 2025 Fahim Zahar

November tahun lepas telah kami laporkan yang Google akan membenarkan ibu bapa atau penjaga kongsi kad pembayaran Google Wallet mereka dengan anak-anak menerusi Family Link. Semalam, ciri ini telah diaktifkan dan diberikan kepada sejumlah pengguna.

Buat masa ini, hanya ibu bapa/penjaga di Amerika Syarikat, UK, Sepanyol, Australia dan Poland sahaja dapat menggunakannya. Bukan itu sahaja, selain kad pembayaran yang boleh dikongsi – Google turut membenarkan akses kepada tiket-tiket atau mana-mana pas digital yang menyokong Google Wallet. Anak-anak akan dapat menggunakan Google Wallet seperti mana ibu bapa menggunakannya, cuma setiap transaksi boleh dipantau dan ibu bapa akan menerima notifikasi sama ada pada Family Link atau melalui emel.

Ciri ini akan diaktifkan di negara terpilih terlebih dahulu sebelum dikembangkan secara lebih meluas. Ini mungkin adalah alternatif terbaik berbanding dompet digital atau kad debit prabayar untuk kanak-kanak yang mungkin mempunyai caj tersembunyi atau langganan yang mengelirukan.

Komen