Carian
Tablet Honor Pad X9a Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
March 20, 2025 Amy Maizuraa

Tablet Honor Pad X9a (WiFi) baharu telah dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Ia dijangka boleh menjadi pilihan baharu yang menarik kepada pengguna, yang juga dimuatkan dengan spesifikasi terkini bagi memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat. Ia juga boleh menjadi kesinambungan untuk tablet Honor Pad X9 yang pernah diumumkan sebelum ini.

Berdasarkan maklumat dikongsi, antara spesifikasi utama tablet ini termasuklah skrin berukuran 11-inci dengan resolusi 2.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dilengkapi bateri berkapasiti 8300mAh dengan sistem pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge. Selain itu rekaannya juga kelihatan baik dengan penggunaan bahan yang berkualiti.

Namun begitu masih belum dapat dipastikan sama ada versi Malaysia akan menyerupai unit yang disenaraikan melalui laman Honor Global atau sebaliknya. Justeru itu dirasakan lebih baik nantikan pelancaran rasmi pada 26 Mac akan datang untuk lebih lanjut.

Komen