ASUS NUC 15 Pro+ Diperkenalkan – Komputer Kerdil Dikuasakan Cip Intel Core Ultra 200H
Nazrin
Setelah mengambil-alih jenama PC NUC (Next Unit of Computing) daripada Intel, ASUS telah menggunakan rekaan komputer tersebut untuk memperkenalkan pelbagai produk komputer padat baru di pasaran.

Terkini ialah komputer desktop padat terbaru mereka, iaitu ASUS NUC 15 Pro+. Ia hadir dengan pilihan CPU dari Intel Core Ultra 9 285H, Intel Core Ultra 7 265H, Intel Core Ultra 5 235H, Intel Core Ultra 5 255H ataupun Intel Core Ultra 5 225H.

Komputer ini hadir dengan dua slot memori dan boleh menyokong sehingga 96GB memori DDR5 dan menyokong dua slot storan SSD dengan saiz berbeza, termasuklah M.2 2280 dan M.2 2242.
Ia juga mempunyai ukuran padat 5.7 x 4.4 x 1.6 inci dan tampil dengan dua palam Thunderbolt 4, dua palam HDMI 2.1 TMDS, dua palam USB 3.2 Type-A di hadapan, satu palam USB 3.2 Type-A di bahagian belakang dan satu palam USB 2.0.
Dari segi sokongan nirwayar ia hadir menyokong sambungan internet WiFi 7 untuk sambungan internet nirwayar yang pantas dan
ASUS NUC 15 Pro+ ini sudahpun mula ditawarkan di beberapa pasaran terpilih seperti Amerika Syarikat dan juga Eropah pada harga permulaan 600 Euro/560 USD. Penawaran di pasaran-pasaran lain tidak diketahui lagi buat masa ini.
[sumber]ASUS[/sumber]