Perkhidmatan media sosial milik Elon Musk, iaitu X kini dilaporkan telah meraih suntikan dana baharu bernilai $1 bilion. Menurut Bloomberg, suntikan dana ini menilaikan syarikat X pada sekitar $32 bilion – yang mana lebih rendah berbanding harga pengambil-alihan Elon Musk pada $44 bilion sekitar 2022 lepas.
Suntikan dana ini disertai oleh beberapa pelabur, termasuk Elon Musk sendiri. Dana baharu ini dijangka akan digunakan sebahagiannya untuk membayar hutang tertunggak.
X pada tahun ini menyasarkan sejumlah perkara baharu kepada pengguna, dan salah satunya adalah fungsi pembayaran. Ia tidak diketahui sama ada sebahagian dana akan digunakan untuk tujuan berkenaan, atau lebih memfokuskan kepada melangsaikan hutang dan mengukuhkan kewangan syarikat.