Carian
Canon Mengacahkan Ketibaan Kamera Padat Baru – Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi
March 20, 2025 Nazrin

Canon nampaknya akan memperlihatkan dua buah model kamera baru tidak lama lagi, menurut ciapan di platform media sosial X mereka baru-baru ini. Ia dijangka bahawa jenama elektronik Jepun tersebut akan memperkenalkan dua buah kamera baru tidak lama lagi.

Kamera-kamera tersebut nampaknya adalah Canon EOS RV dan juga Canon PowerShot V1 yang akan diumumkan pada 26 Mac 2025 ini. Kewujudan kedua-dua kamera ini telah tertiris di arena web sebelum ini, tetapi butiran mengenainya pada waktu tersebut masih lagi samar-samar.

Butiran mengenai kamera-kamera ini masih lagi tidak disahkan lagi, tetapi dengan logo huruf V yang mungkin memperlihatkan fokus kedua-dua kamera ini terhadap prestasi video yang lebih baik. Canon EOS RV dijangka akan diperkenalkan sebagai pesaing kepada kamera Sony ZV-1 yang sering dipilih sebagai alat rakaman video kegemaran pencipta kandungan.

Terdapat ura-ura juga yang mengatakan bahawa kamera ini akan hadir dengan sensor full frame, tetapi ia masih belum disahkan lagi, dan mungkin akan mengguna sensor APS-C.

Komen