Poco F7 Ultra Dan F7 Pro Memasuki Pasaran Global Pada 27 Mac 2025
Amy Maizuraa
Poco F7 Ultra dan Poco F7 Pro disahkan memasuki pasaran global pada 27 Mac akan datang. Perkara ini telah diumumkan oleh Poco melalui kemaskini baharu, dan halaman rasmi kedua-dua peranti berkenaan juga telah diterbitkan. Sebagai pengganti segmen mercu, peranti-peranti ini juga boleh menawarkan spesifikasi serba boleh yang selari dengan keperluan pengguna hari ini.

Antaranya seperti cip pemprosesan terkini, paparan yang jelas dengan kadar segar semula tinggi, serta sistem kamera bersama teknologi pengimejan lebih baik. Rekaan kedua-duanya juga nampak elegan, dan sesuai dengan identiti jenama itu sendiri yang mementingkan keselesaan dan gaya menonjol. Selain itu ditawarkan juga dalam pilihan warna yang menarik, seperti kuning dan hitam. Butiran lebih lanjut termasuk spesifikasi teknikal dan harga jualan hanya diketahui selepas dilancarkan kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.