Carian
Fujifilm GFX100RF Dilancarkan Dengan Lensa-Tetap Pada Harga RM24,888
March 21, 2025 Effi Saharudin

Fujifilm GFX100RF dilancarkan semalam sebagai kamera nircermin dengan lensa-tetap (Fixed-Lens) pertama keluaran Fujifilm. Ia dilengkapi sensor format sederhana 120 MP dan dipadankan dengan lensa 28mm f/4. Kamera masih menyokong zum secara digital dengan lensa boleh diubah dari tetapan asal panjang fokal 35mm ke 63mm dan juga 80mm.

Walaupun ia sebuah kamera lensa-tetap, ia masih hadir dengan pelbagai ciri yang diberikan kepada siri GFX seperti emulasi warna filem dan disokong oleh cip pemproses imej X-Processor 5. Kemampuan rakaman video pula ialah sehingga 4Kp30 4:2:2 10-bit dalam F-Log2. Pemfokusan video boleh dilakukan dengan menyentuh skrin LCD di bahagian belakang kamera. Terdapat EVF dengan 5.76 juta titik bagi memberikan pengalaman penggunaan seperti sebuah rangefinder.

Kamera boleh memuatkan dua kad memori SD di sisi kiri. Terdapat juga satu bicu mikrofon, satu bicu fon telinga, port USB-C dan micro HDMI yang diletakkan di sisi kanan kamera. Kamera akan ditawarkan bermula penghujung April pada harga RM24,888 sebuah dalam warna perak dan hitam.

 

Komen