Carian
Suunto Aqua Light Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM699
March 21, 2025 Amy Maizuraa

Suunto Aqua Light kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM699. Fon telinga nirwayar pengaliran tulang ini direka untuk pelbagai aktiviti, termasuk penggunaan di bawah air. Dengan binaan ringan, ia memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna. Selan itu mempunyai penarafan kalis air IP68 dan boleh digunakan semasa berenang pada kedalaman sehingga dua meter.

Tidak seperti fon telinga tradisional atau fon kepala jenis di atas telinga yang berada pada saluran telinga, Aqua Light menggunakan teknologi pengaliran tulang yang menghantar bunyi melalui getaran pada tulang pipi. Ia juga dilengkapi dengan dwi-mikrofon yang menyokong ENC untuk menghasilkan audio yang lebih jelas. Sambungan dibuat melalui Bluetooth 5.3, yang turut menyokong hubungan dengan dua peranti secara serentak.

Fon telinga ini menawarkan storan dalaman 32GB, dengan kemampuan memuatkan sehingga 8,000 lagu. Audio yang telah dimuat turun boleh diuruskan dengan mudah menggunakan aplikasi Suunto yang telah dikemas kini untuk tujuan pengurusan muzik dan penyesuaian storan yang lebih baik.

Selain itu, baterinya mampu bertahan sehingga 10 jam dan dilengkapi dengan fungsi pengecasan pantas yang mengambil masa hanya satu jam. Suunto Aqua Light tersedia dalam dua pilihan warna, iaitu hitam dan biru.

Komen