Infinix Note 50 Pro+ telah dilancarkan secara rasmi sebagai satu lagi penawaran baharu untuk segmen telefon pintar kelas pertengahan premium. Ia masih mengekalkan identiti jenama itu sendiri, yang sering tampil dengan sesuatu unsur yang kontra atau ganjil dalam konsep rekaan.

Tubuh juga diperbuat daripada bahan Ultra-Resilent ArmorAlloy yang secara saintifiknya sejenis keluli tahan karat dengan ciri utama rintangan kakisan yang tinggi. Ini padankan dengan teknologi 5.5G Open-Air Network Structure untuk sambungan Wi-Fi dan GPS lebih stabil. Bingkai pula sejenis rata dengan sisi membulat yang melengkapi.

Note 50 Pro+ mempunyai skrin AMOLED 6.78″ beresolusi FHD+, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 1300nits. Cip Mediatek Dimensity 8350 Ultimate digunakan sebagai tunjang utama bersama memori 12GB RAM LPDDR5x dan storan dalaman 256GB storan UFS 4.0. Terdapat juga 12GB RAM maya yang sepatutnya boleh meningkatkan lagi pengalaman penggunaan peranti.

Bahagian kamera terdiri dengan lensa telefoto periskop 50MP OIS, sudut ultra lebar 8MP, sensor utama 50MP (SONY IMX896), berserta rakaman video 4K 60FPS. Bateri pula sebesar 5200mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W, nirwayar 50W dan berbalik 10W. Ciri tambahan lain termasuklah pengimbas cap jari dalam skrin, pembesar suara stereo JBL, Bluetooth 5.4, NFC dan IR Blaster.