Antara perkara yang menyebabkan orang ramai marah dengan Google Pixel adalah cip Tensor yang terbukti lebih perlahan berbanding cip pemprosesan dalam peranti pesaing. Ini termasuk pada Pixel 9 Pro XL dengan Tensor G4 yang mana penggunaan harian mempunyai prestasi mirip pada Nothing Phone (3a) dengan cip Snapdragon 7s Gen 3. Terbaru, Pixel telah menerima kemas kini Android yang meningkatkan prestasi GPU sehingga 62%.

Menurut laporan Android Authority, setiap kali Google menggunakan cip Tensor baharu pada peranti Pixel mereka menggunakan pemandu (driver) yang lama. Misalnya Tensor G1, G2, dan G3menggunakan GPU pada Februari 2024 dan Tensor G4 pula menggunakan GPU Disember 2023. Peningkatan prestasi ini dilihat dengan jelas dari dalam Geekbench 6 kerana skor ujian penanda aras Vulkan API yang semakin tinggi.

Peningkatan prestasi dikatakan mencapai sehingga 23% untuk Pixel 6a, 62% untuk Pixel 7a, 31% untuk Pixel 8, dan 32% pada Pixel 9. Kemas kini Android 15 terkini menggunakan pemandu GPU r51p0 yyang Arm keluarkan pada 14 Ogos 2024, sementara kemas kin Android 16 beta yang terkini menggunakan r52p0 yang Arm keluarkan pada 10 Mac 2024.
Jika anda menggunakan peranti Pixel 6 dan ke atas atau mana-mana peranti Pixel dengan cip Tensor yang telah dikemaskini dengan Android 15 terkini bersama Pixel Drop atau Android 16 Beta 3 akan merasai pengalaman prestasi baharu ini.