Carian
ASUS Malaysia Menawarkan Tiga Beg ROG Baharu Dengan Harga Bermula RM329
March 21, 2025 Amy Maizuraa

ASUS melancarkan tiga beg baharu di Malaysia. Ianya terdiri dengan ROG Sling Bag 4.0 yang direka khas untuk peranti gaming mudah alih seperti ROG Ally. Ia diperbuat daripada bahan tahan lasak dan kalis air. Ia juga dilengkapi dengan buckle magnet FIDLOCK bagi tujuan mudah digunakan. Dalam masa yang sama boleh menampung berat sehingga 600 gram.

Seterusnya, ROG Slash Sleeve 4.0 pula sesuai untuk simpanan sebuah komputer riba bersaiz sehingga 15-inci. Ia mempunyai poket tambahan untuk aksesori seperti tetikus, kabel dan lain-lain. Akhir sekali, ROG Slash Backpack 4.0 dengan kapasiti sebesar 26L, yang juga sesuai untuk komputer riba sehingga 18-inci. Ia mempunyai penutup magnetik untuk mudah digunakan, bersama poket tersembunyi untuk simpanan barangan berharga.

Harga jualan di Malaysia bermula harga RM329 (ROG Sling Bag 4.0), RM359 (ROG Slash Sleeve 4.0) dan RM629 (ROG Slash Backpack 4.0).

Komen